02012010
Rombongan aquilas bertandang lg memperabehkan beras & air sirap pada tarikh di atas, kali ini bertempat di tamanharmonis untuk meraikan perkawenan Tajul a.k.a Brader Joe.
Setibanya tiba di tempat kejadian, guadotcom segera menerjah masuk ke perkarangan rumah lalu disapa oleh ayah penganten laki: "Anak Aziz kan? Aaaaa jemput masuk..jemput masuk" dan lain2 iaitu Big fella, Diya, Pushie, Is & gf beliau (yg gua dh lupe nama) pon folo. Ketibaan kitorg disambut dgn lagu yg menusuk abdomen, liriknya berbunyi: "Sudah kawen ke belum..??" (Yo lah.. yo lah.. nnt guadotcom ajak rozita kawen cpat2)

Ingat mau slm penganten, cari punye cari x jumpe..ropanye cik adik manis baju bertema 'hijau pucuk pisang' ckp penganten belum sampai. Habis je beliau meletakkn noktah, MC megumumkan ketibaan mempelai tatkala aku baru senduk 'nasik hangen'.
Aku tinggalkn nasik, capai camera n trus ke depan menjlnkn tugas sukarelawan Aquila Society.

Maybe kt umahpenganten pompuan dh berbalas pantun, so kat umah laki musti ganazz bzzt bzzt bzztt skeyt..lalu bersilat lah segolongan pesilat dpan penganten yg tampan & jelita berbaju puteh. Kalo brader joe turun padang mau jadi mcm geng jahat (baju itam) lawan geng baek (baju puteh). Namun keris di pinggang tersimpan rapi & 'keris' di ... turut tersimpan rapi but lets not go there :-|
Abeh silat, mempelai diiring ke pelamen & bacaan doa memulakan majlis. Lantas aku segera ke meja buffet yg terhidang 3 jenis nasik, ayam masak merah, daging rendang x silap aku, sayo, & even sambal belacan!! Grand you...(But still..aku x dpt udang cucuk nenas. Aaaaaaaa~~)

So nnt ajoy & pushie maybe kna bwut 5 jenizz nasik pulok, manakala Is & gf mungkin menyelitkn Fetuccinni Carbonara di dalam menu (Lu songlap duit krajaan sket tengok). Selang bebrape puloh menet kendian, meja aquilas ditambah dgn kehadiran Ameng, Zam, & Brahim. Gua ingat nak tambah cik 'baju merah' jugak, tapi beliau duduk kt tempat laen pulok..tskk tskk tskk. Demi membawa hati yg lara & salur gastrointestinal yg lapa, aku pon join brahim for 2nd round.
& memang dasar manusia, kenyang makan je trus nak blah... & sperti bese b4 blah mesti ambik gamba dgn penganten. So Diya or Is sle upload ok, dh upload boleh delete ayat ni. Bwut smentara waktu aku carpub letak gamba sendiri je laa. Sblom blah aku berpesan kpd rakan 'se-retainer' ku: "Jaga diri baik2..jaga bini baek2" Smoga bahagia sampai anak cucu pakai retainer jugak LoLz
Lencongan:
Demi memaksimumkn pelarian Ameng dari keje, & pematahan tulang blakang aku naek moto dr kota damansara, kitorg bertempelan di old town tmn melati.
Desas desus angin dari tempat duduk x strategik mengkhabarkn incik ajoy (yg dtg mnempel skali) & cik pushie akan melangsungkn perkawenan pada tahun nih jugak. InsyaAllah kalo pushie dpt sambung blaja kat Australia, mungkin tarikhnya akan dicepatkan ke February.

Oleh itu, sle reserve weekend or annual leave utk tujuan berkenaan. Kalo diorg hidang 5 jenizz nasik, kna rase sumenye i.e. 5 round makan. Kalo takoot abdomen membesar xpe..pasni bole ambik diploma pengurusan walaupun anda bukan PTD.
Trimazz again to Ameng atas tajaan minuman tersebut (Engineer beb..xde hal punye. wootwoot~~)

Gamba laen kna tunggu. FB bwut gle x dpt nk upload. & i need a faster internet connection.
Walimatul urus Tajul & Ismahanim - 02/01/2010
Dijemput semua kawan2 ku skalian ke majlis kahwin aku :)

Date : 02/01/2010
Time : 12:00 PM - 4:00 PM
Venue : 3, Jalan Harmonis 5, Taman Harmonis Gombak. 53100 KL
Apa makanan ada? : Macam2 ada...udang galah ade tp utk pengantin mkn....kalo x abis bru bg korang....huahuahuahuahua......


Gambar 6A1 Aquila (Tanpa Hazwani)
Gambar ini masih aku simpan dalam koleksi arkib peribadiku. Aku harap korang bolehlah menyimpan gambar ini sebagai tatapan kenang - kenangan. Kecuali Hazwani, rasanya semua orang ada di dalam gambar ini.

Okeh, Ajoy cakap minggu ini ada dinner alumni SKGS, siapa lagi nak join?
13 Tahun Lampau (5A1 1996)
kita cintai alam semulajadi. 5A1 1996.
Oh Aquilazz
Komrad yang dihormati (macam ucapan perasmian gerakan sosialis jer kahkahkah)

Aku telah menemui sebuah tempat lepak yang best untuk kita semua. Hari tu Pasangan Serasi telah membawa aku ke sana. Apa nama tempat tu, Le Chateau De Puah. Aku yakin ramai budak Gombak dah tau port ni.

Aku rasa nak mengajak geng - geng turun melepak di situ. Tempatnya indah dan santai dihiasi lagu - lagu klasik Spanish / French.

Kadang - kadang aku sedih gak bila Oman dok roger function2 baru tapi tak dapat pergi sebab sini siapalah nak join the club untuk pergi ke sane?

Kalau Oman stay kat Gombak, bila - bila je aku join the club. Nak pergi sorang2 tak berani takut kena culik dengan awek cun.

Apa-apapun maseh belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Bak kata pepatah, 10 hari raya pertama di kampung, 10 hari kedua pula di bandar, umah dan opis dan 10 hari ketiga pula hari merayakan serdak biskut raya.

Aku harap raya lain kali kita dapat lepak ramai - ramai main mercun...

Shahir Shax
Setiausaha Yang Tak Setia

*Edit
Link to Le Chateau de Puah (sle click)
~cheers.. O-man







Related Posts with Thumbnails