Pertama sekali, terima kasih kepada Ajoy yang telah memberikan tazkirah dalam posting sebelum ini. Terima kasih jua kepada saudara Tajul yang telah merombak blog ini sehingga ia kelihatan sangat menarik.
Selaku salah seorang blogger dalam Aquila Society, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua classmate 6 Aquila 1997. Sambutlah Aidilfitri ini dengan meriah walaupun anda mungkin berada di Republik Ireland.
Di hari raya yang mulia ini, di saat kita berbahagia bergelak tawa bersama rakan dan keluarga, kita terlupa nasib anak bangsa yang miskin melarat, orang kurang upaya & anak-anak yatim piatu yang kehilangan tempat bergantung harapan.
Mereka semua adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Lalu kita pun terfikir, mengapa aku dijadikan Tuhan kalau tak bisa mampu member sedikit sumbangan atau penghargaan kepada mereka yang memerlukan?
Saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang telah berjaya di dalam hidup agar sama-sama kita dapat menghulurkan bantuan kepada golongan ini pada suatu masa nanti. Insya Allah.
Sekian, Salam Aidilfitri.
Assalamualaikum, para sahabat Alumni Aquila yang dihormati.
Dalam beberapa hari ini, saya dan Ajoy selalu mengunjungi kedai simpang berhampiran rumah Diya. Kami mula membuat beberapa perancangan rapi berkenaan hala tuju Alumni ini. Kami cuba menjadikan kedai tersebut sebagai ‘pejabat bergerak’. Di situlah kami brainstorming, menyusun gerak kerja untuk majlis makan malam dan sebagainya.
Sememangnya menjadi kebimbangan kami jika dinner ini tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun kami secara peribadi akan berusaha sedaya upaya agar ianya berjaya.
Kami berpegang kepada kata-kata cikgu Ruhana “kalau niat kita baik Insya Allah usaha kita akan dipermudahkan olehNya. “
Sesiapa yang kebosanan, tak tau apa nak buat di malam hari maka kami mengalu-alukan anda untuk join the club kat kedai Simpang. Hari tu Diya dah join. Thanks a lot.
Sebelas tahun tak jumpa. Mesti ada banyak cerita untuk dikongsi bersama…
Berdasarkan perancangan awal kami, majlis makan malam Alumni Aquila dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Syawal nanti. Namun demikian, kami masih belum menetapkan venue dan kos.
Sesiapa yang ada cadangan sila emailkan kepada admin ataupun boleh dimuatkan di ruangan chatting. Harap Maklum.
Gombak Setia: Setelah 11 tahun meninggalkan sekolah rendah, akhirnya kami memutuskan untuk menubuhkan sebuah alumni bagi menjalinkan semula hubungan persahabatan classmate 6A1 Aquila sesi 1997 yang telah sekian lama terputus.
Usaha ini dimulakan oleh saudara Ajoy dan disokong oleh rakan-rakannya yang lain. Namun demikian, kami berdepan dengan sedikit masalah kerana masih ramai teman yang belum dapat dihubungi.
Justeru itu, kami melancarkan weblog ini sebagai salah satu usaha untuk mengumpulkan semua pelajar. Diharap kita sama-sama dapat memanfaatkan alumni ini, Insya Allah.