Setibanya tiba di tempat kejadian, guadotcom segera menerjah masuk ke perkarangan rumah lalu disapa oleh ayah penganten laki: "Anak Aziz kan? Aaaaa jemput masuk..jemput masuk" dan lain2 iaitu Big fella, Diya, Pushie, Is & gf beliau (yg gua dh lupe nama) pon folo. Ketibaan kitorg disambut dgn lagu yg menusuk abdomen, liriknya berbunyi: "Sudah kawen ke belum..??" (Yo lah.. yo lah.. nnt guadotcom ajak rozita kawen cpat2)
Aku tinggalkn nasik, capai camera n trus ke depan menjlnkn tugas sukarelawan Aquila Society.
Demi memaksimumkn pelarian Ameng dari keje, & pematahan tulang blakang aku naek moto dr kota damansara, kitorg bertempelan di old town tmn melati.
Desas desus angin dari tempat duduk x strategik mengkhabarkn incik ajoy (yg dtg mnempel skali) & cik pushie akan melangsungkn perkawenan pada tahun nih jugak. InsyaAllah kalo pushie dpt sambung blaja kat Australia, mungkin tarikhnya akan dicepatkan ke February.
Trimazz again to Ameng atas tajaan minuman tersebut (Engineer beb..xde hal punye. wootwoot~~)
Utk hantaran, kiteorg sepakat wat 5 hantaran berbalas 7....antara 5 hantaran yg aku bg....cincin,fruits,jubah,cup cakes & sirih junjung....yg 7 dari pihak pmpuan tu plak....baju kemeje+sluar,fruits,coklat,kek tunang,kek lapis,sirih junjung and satu bnde yg aku x tau dinamakan sbgai pe tp mkanan jgk la.....so tema utk laki kale peach...yg pmpuan plak lavender....
Majlis belangsung dgn slamatnye n aku pun selamat jd tunangan org.....so mse mjlis tu, ade bincang sket2 blanje antaran smue and bile kiteorg boleh disatukan sbgai suami & isteri :D.....so, due2 pihak kluarga pun dh spakat....taun dpan insyaAllah bulan 1 aku akan jadi suami org and tamatla suda riwayat idupku sbgai org bujang...wahahah.....
Antara gamba2 bertunang aku :-
So akhir kate, aku harap kwn2 smue dptla dtg ke mjlis kawen aku nnti wlpn lmbt lagi :))....Pada sape2 yg ade kwn2 yg pandai wat gubahan ke, ade pakej pekahwinan ke, bole la promote2 kat aku sb aku pun tgh carik org utk wat gubahan smue2 ni :)
Sekian laporan ringkas dari aku....
-Tajul-
Ugh aku x igt it's either Isnin 9/3 or Ahad 8/3 aku dpt phone call dr member aku yg bname Ube. Bunyi nye bikini: "Oiii aku kt Memory Corner ni. Ader kwn ko name Tajul kt dpan aku.." & phone di pass kpd beliau. Aku menyerang tanpe usul periksa: "Oit org kawen!!" & brader Joe mereply "Ko mcm tau2 je aku tunang arini". <<~KrikKrik~ bunyi cengkerik>> Ahh..papepon gratz kpd beliau. Kpd jelitawan 6A1 jgn bunuh diri lak tau brader joe dh btunang. Kanda kan masih ada..fwaahahahaha...
p.s.: Oleh itu diharapkn brader joe dpt membwut entry psl ptunangan beliau & menyertakn gamba skali. Mane laa tau ttbe terngorat lak, x ke naya...
Kenduri kawen Nizam
Arkkk!! Ketua klas sorg nih dh nk kawen!? oww em jii ya Allah S.W.T (sle sambung tasbih, tahmid, & takbir sendiri ye. Nk aku sambung kt cni panjang beno mau type). Tp sebelum berlaku lg kes bunuh diri wanita jelita, ingin sy menaip semula msg yg diterima pd 07/03 (DEM x dpt copy paste):
salam kawan2, DIJEMPUT DATANG KE MAJLIS PERKAHWINAN ABG SULUNG SAYA pd 15MAC2009 AHAD 11pg-4ptg di DEWAN PENDUDUK FLAT SRI LANGKAWI2, GOMBAK SETIA berhampiran dgn blok 33 sri langkawi 2, lrt taman melati. maaf xda kad nkbg..jemput dtg dgn teman/keluarga - nizam (eyh betul ke nizam ketua darjah nih?)
oleh itu sekiranye betul je, marilah bertandang beramai2 memprabehkn bras & air oren mereka. & sle simpan smule botol kloroform (bg tujuan membunuh diri anda) kerana raja sehari tsebut bukan lah Ijam.
p.s.: Sape mau jd gf sehari aku pd hari tsebut?
HuHaH-HuHaH
Aktiviti ini tidak terhad kpd golongan tanpa kerja, tetapi turut diundang bersame golongan bkerja yg stress sampai tcabut gigi (betapa hebatnya IMPAK bekerja tersebut). Mungkin para gombakianz bole mengisi perut di kenduri kawen abg sulung Nizam tepat jam sblas, lantas bergegas ke SOHO gayhell utk menatap liyana fizi yg thomeyl & anis yg berbibir sexy (sy kurang pasti adekah mereka memakai push up bra). Sekiranya anda masih blur2 udang apekah penzinaan yg cuba aku sampai kn, sle click link ini:
http://www.knuke.org/2009/02/sounds-uinite.html

Liyana - Estrella

Anis - Sundae
p.s.: Denga gak sample lagu2 diorg kt link myspace yg diberi.
Sekian utk kali ini, smoga kalian kekal gorgeous & tampan menanti hari2 tua...
Tarikh : 08/11/2008 (sbtu)....
Time : 1230 tghari....
Tmpat : Mcd kat Ong Tai Kim.....
Kalo leh gather dlm 10 org ke utk hangout mkn rmai2, dh ok dh.....aku mntak tlg komen ahli2 aquila society skalian kalo minat nk join lepak2, tlg kasik tau shahir @ shoutkan jek kat shoutbox @ postkan komen dlm post ni.....kalo ade suggestion tmpat lain ke, time lain ke, shoutkan jek la kat shoutbox @ postkan komen dlm post ni.....
So, pada sapa2 yg x dapat lg invitation, bole msukkan email kat kotak yahoo group tu. Nanti korang akan dpt email invitation and secara automatiknyer korang akan jd ahli group ni :)
p/s : stakat ni ajoy,fizah,aku bru join grup ni....jom2 ramaikan grup ni...................
Soalan:
Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ Ramadhan dengan puasa enam.
Jawapan :
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari)
Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.
Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-
Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-
Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya.
Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim).
Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini:
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
SUMBER: www.zaharuddin.net
Artikel Lain: Puasa 6 Terbaik Tunaikan secara berasingan
Selaku salah seorang blogger dalam Aquila Society, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua classmate 6 Aquila 1997. Sambutlah Aidilfitri ini dengan meriah walaupun anda mungkin berada di Republik Ireland.
Di hari raya yang mulia ini, di saat kita berbahagia bergelak tawa bersama rakan dan keluarga, kita terlupa nasib anak bangsa yang miskin melarat, orang kurang upaya & anak-anak yatim piatu yang kehilangan tempat bergantung harapan.
Mereka semua adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Lalu kita pun terfikir, mengapa aku dijadikan Tuhan kalau tak bisa mampu member sedikit sumbangan atau penghargaan kepada mereka yang memerlukan?
Saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang telah berjaya di dalam hidup agar sama-sama kita dapat menghulurkan bantuan kepada golongan ini pada suatu masa nanti. Insya Allah.
Sekian, Salam Aidilfitri.


