Terima Kasih
Alumni Aquila
Pada Malam 24 Disember lalu, Aquila Society telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Kunang - Kunang, Gombak.
Pada mulanya saya menerima teks dari Oman Ostolia memaklumkan beliau telah berada di 7 Eleven (Sebelah Kunang - Kunang). Ketika itu baru pukul 7.30 petang. Walaupun tinggal di Shah Alam, Oman telah berjaya mengenepikan sumpahan janji Melayu dan ini jelas menggambarkan komitmen beliau untuk bertemu sahabat handai.
Saya pula menumpang pasangan Ajoi dan Hafizah. Sekitar jam 8, cikgu Wahiah dan suaminya sampai. Saya dan Oman sempat bersembang dengan mereka. Seketika kemudian, Brader Joe & Rabiatul Adawiyah sampai.
Saya berasa sedikit cuak kerana kerusi masih banyak yang kosong. Lantas saya keluar sebentar ke pintu hadapan Kunang - Kunang.
Saya menghantar teks kepada Big Fella Imran, belum sempat mesej itu dihantar Big Fella muncul dengan baju Ruggers Canterbury Ostolia.
Detik berikutnya… seorang demi seorang tiba. Akhirnya 11 orang lelaki dan 5 orang perempuan berjaya datang ke majlis makan malam yang pertama kali diadakan.
Ameng dengan gaya 'head honcho' telah membuka pot baru khas untuk perokok. Saya, Manje, Faizal dan Imran bertukar meja. Saya betul - betul berasa gembira dapat bersama - sama dengan mereka. Ianya umpama lailatul qadar buat insan kerdil seperti saya.
Saya perhatikan wajah - wajah gembira terserlah pada Ameng* (Degree - Student), Acap (Pilot Airbus 350), Naim* (Degree - Student), Imran* (Degree - Student), Faizal* (Master - Student), Manje* (Businessman), Utsman (Penyelidik UPM), Joe (Telekom), Shah Iskandar (Pegawai Tadbir Diplomatik - Treasury), Ajoy* (IT), Hamizah (bakal cikgu), Hafizah (Tutor UPM), Shamsiah (Surirumah Feat. Hubby* & Adam), Abyrad (IT) & Kak Pah (dia ada bagi tau dia kerja tapi saya lupa)… [Perhatikan tanda * bermaksud 'smoker'].
Idea majlis di Kunang - Kunang adalah idea Diya Rashida. Sayang seribu kali sayang beliau tidak hadir. Begitu juga Zami dan Ijam… mereka tidak hadir. Ibrahim… beliau juga tidak hadir. Din dan Shareen? Untuk mengharapkan mereka datang samalah seperti mengimpikan saya menjadi putih melepak…
Kami bersembang panjang.. Keadaan kelihatan tidak terkawal. Ameng buka cerita… Manje buka cerita, Brader Is buka cerita, Big Fella buka cerita… Oman buka cerita… saya di tengah - tengah terpaksa kuatkan suara kerana suasana sangat meriah. Saya berlabon panjang sehingga suara saya serak - serak basah persis Ella.
Saya merasakan mamat - mamat kelas 6A1 ini kelihatan muda tidak seperti 23 tahun. Mungkinkah kerana semuanya pakat - pakat 'shave' misai?
Saya gagal mengenali Naim pada mulanya. Acap pun begitu. Mula - mula saya ingatkan Ashraf Sinclair yang datang.. Kalau Ashraf Sinclair sudah pasti ada Bunga Citra Lestari… Rupa - rupanya saya silap. Insan berwajah Inggeris ini adalah Acap. Saya sempat berlawak dengan meminta Acap mendapatkan tiket kapal terbang untuk saya melancong.
Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi datang.
Bahagian Kedua
Sebenarnya perjalanan menuju ke dinner ini bermula di sebuah gerai usang berhampiran LRT Taman Melati. Di situlah Ajoy mencetuskan ideanya untuk mengumpulkan sahabat handai yang 11 tahun tidak bertemu. Waktu itu umat Islam sedang bersiap siaga untuk menyambut bulan puasa 1429.
Di situlah kami membentuk jawatankuasa adhoc awal bersama - sama Fizah dan Diya.
Dari akhir bulan Ogos hingga akhir bulan Disember.. hmm 120 hari. Alhamdulillah dapat jugak buat dinner walaupun aturcaranya berterabur dan tiada acara selingan. (Is mencadangkan kita main kotak beracun bermodalkan kotak rokok kosong).
Saya juga teruja bertemu dengan Ameng.. kerana beliau ini bukan setakat satu kelas masa darjah enam.. malah kami juga sekelas ketika tingkatan 4 dan 5. Saya sempat mempau Marlboro sebatang sebelum beliau mempau balik Benson.
1. Terima kasih buat rakan - rakan jauh dan dekat yang sudi datang.
2. Terima kasih buat Cikgu Wahiah dan hubby yang sudi datang.
3. Terima kasih buat tukang jemput, Oman serta Ajoy dan Fizah yang reserve tempahan makan malam dan sudi menumpangkan saya untuk datang.
Saya tidak pernah berterima kasih lebih dari 3 kali kerana saya rasakan ianya tidak 'cool'. Jumpa Lagi…
P/S: Seruan terakhir saya. Tolong daftarkan diri anda selaku peserta YahooGroup Alumni Aquila 1997.
Shahir Hollow
Salam sejahtera,
Kepada rakan - rakan yang dihormati, dengan izin Yang Maha Esa kita akan bertemu malam ini.
Buat Hafidzuddin, selamat meneruskan pelajaran dan semoga bergelar Dr. Hafidzudin. Mungkin kita akan bertemu lagi di Kementerian Kesihatan suatu masa nanti.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada blogger - blogger sekalian yang telah berjaya menghidup dan memeriahkan Aquila Society. Teruskan menyumbang tulisan kalian.
Adios
Hari Ahad 9 November aku (Shahir), Utsman, Nizam, Tajul Fakhar Fahirurazi (No Longer Single) & Fizah + Ajoi telah melepak di KFC Ong Tai Kim --- Tempat makan-makan majlis perpisahan 6A1 pada tahun 1997, 11 tahun lepas.
Dari 46 Aquila Society Members, hanya 6 sahaja yang muncul. Yang lain mana? Mana? Mana??
Terima kasih kepada komrad apatah lagi Utsman Mike yang sanggup merempuh hujan dari Shah Alam ke Gombak Setia menggunakan Skuter VS 125. Sesungguhnya semangat Utsman wajar dicontohi oleh orang Taman Setia.
Walaupun 6 orang tetapi kebisingan kami mengalahkan korum 20 orang.
----> mula - mula kami bertemu di McD tapi aku dengan Tajul re-locate sebab kami nak nasik dengan ayam. Lagipun harga makanan di KFC jauh lebih murah berbanding McD.
Apa2pun thanks kepada semua yang sudi datang semalam.