Selamat hari raya semua.....
Assalamualaikum kwn2.....

Lagi update blog....chatbox dah tuka since yg lame ade problem....so dlm blog ni aku amik kesempatan nk ucapkn slamat hari raye smue.....nak kasik nmpak meriah sket blog ni, aku bg klip sket ucapan slamat hari raye :)

Selamat Hari Raya
Pertama sekali, terima kasih kepada Ajoy yang telah memberikan tazkirah dalam posting sebelum ini. Terima kasih jua kepada saudara Tajul yang telah merombak blog ini sehingga ia kelihatan sangat menarik.

Selaku salah seorang blogger dalam Aquila Society, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua classmate 6 Aquila 1997. Sambutlah Aidilfitri ini dengan meriah walaupun anda mungkin berada di Republik Ireland.

Di hari raya yang mulia ini, di saat kita berbahagia bergelak tawa bersama rakan dan keluarga, kita terlupa nasib anak bangsa yang miskin melarat, orang kurang upaya & anak-anak yatim piatu yang kehilangan tempat bergantung harapan.

Mereka semua adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Lalu kita pun terfikir, mengapa aku dijadikan Tuhan kalau tak bisa mampu member sedikit sumbangan atau penghargaan kepada mereka yang memerlukan?

Saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang telah berjaya di dalam hidup agar sama-sama kita dapat menghulurkan bantuan kepada golongan ini pada suatu masa nanti. Insya Allah.

Sekian, Salam Aidilfitri.

Minta Bantuan
Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan sekalian,

Disini aku ingat minta sangat2 bantuan rakan-rakan semua, supaya sebarkan blog kite ini kepada kawan-kawan kite supaya mereka tahu ape yang ingin kite anjurkan. Gathering or reunion ini tidak akan jadi tanpa kerjasama dan perhatian dari rakan-rakan sekalian, jadi aku berharap sangat2, majlis kite ini akan berjaya. Biarla kite anjurkan lewat sekali pun, asalkan dapat kerjasama, dan kite sebagai kawan-kawan, dapat berhubung semula dan mengeratkan ikatan persahabatan yang terpisah sekian lame.

Ingatla kawan-kawan, besar pahala nye bila kite mengeratkan silaturrahim, terutama ikatan yang terpisah lama.

Disini aku ingin berkongsi sesuatu dengan kalian. Baca lah dan renungkan.....

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN 

Saling Memberi Kebebasan Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya. 

Saling Menahan Rasa Cemburu Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan... 


Saling Memahami Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia. 

Saling Mengalah Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu. 

Saling Memberi Kemaafan Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.


-AJOY-
Blog updated.....dgn interface yg baru.....
Atas arahan En Shahir kite....maka aku (tajul) pun ditugaskan utk mencantikkan blog nieh seadenyer....jadik aku dah tambah 1 feature baru --> email subscription.....kalau sesiapa terlupa/tak ada masa nak check blog ni, boleh masukkan email korang dlm textbox yg dah disediakan. Nanti bila2 ade post baru dlm blog ni, email notification akan dihantar ke email korang....

Sekarang ni aku dah listkan ym2 bdk2 6A1 tapi setakat ni hanya beberapa org jek yg ade. Kalau nak tambah ym korang dlm blog ni, bole contact aku @ ajoy @ shahir yakni pemilik asal blog ni....kekekekek.....

Apa2 cadangan utk tambahkan lagi feature dlm blog ni amat dialu-alukan :)
Terkini: Selamat Berpuasa
Assalamualaikum, para sahabat Alumni Aquila yang dihormati.

Dalam beberapa hari ini, saya dan Ajoy selalu mengunjungi kedai simpang berhampiran rumah Diya. Kami mula membuat beberapa perancangan rapi berkenaan hala tuju Alumni ini. Kami cuba menjadikan kedai tersebut sebagai ‘pejabat bergerak’. Di situlah kami brainstorming, menyusun gerak kerja untuk majlis makan malam dan sebagainya.

Sememangnya menjadi kebimbangan kami jika dinner ini tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun kami secara peribadi akan berusaha sedaya upaya agar ianya berjaya.

Kami berpegang kepada kata-kata cikgu Ruhana “kalau niat kita baik Insya Allah usaha kita akan dipermudahkan olehNya. “

Sesiapa yang kebosanan, tak tau apa nak buat di malam hari maka kami mengalu-alukan anda untuk join the club kat kedai Simpang. Hari tu Diya dah join. Thanks a lot.

Sebelas tahun tak jumpa. Mesti ada banyak cerita untuk dikongsi bersama…

Terkini: Majlis Makan Malam Alumni
Gombak, 20 Ramadhan: Perbincangan di antara kami telah berjaya menghasilkan cadangan berikut:-

Majlis Makan Malam Alumni Aquila (1997)

Tarikh: 18 Oktober 2008
Tempat: Restoran Kunang-Kunang Gombak
Masa: 8.45 Malam – 11.00 Malam

Dalam masa terdekat ini, Alumni Aquila akan mengumumkan senarai penuh committee. Sekian terima kasih.

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyumbang idea, sila emailkan cadangan anda di alumniaquila@gmail.com
Pertemuan Dengan Cikgu Ruhana
Hari ini kami telah pergi menemui cikgu Ruhana di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. Alhamdulillah cikgu sihat dan ceria menyambut kehadiran kami.

Ajoy telah memberitahu cadangan kami untuk mengadakan dinner dan Cikgu Ruhana akan menjadi tetamu kehormat. Insya Allah jika tiada aral melintang, majlis dinner ini akan diadakan pada 18 Oktober 2008.

Lokasi dan kos masih dalam proses perbincangan. Kami berharap dinner kali ini menjadi kenyataan.

Maklumat terperinci akan menyusul. Terima Kasih.

(P/S: Sebelum ini kami diberitahu terdapat usaha untuk mengadakan gathering ini tetapi gagal.)
Terkini
Kami telah membuat poll berkenaan dengan kos Dinner 6A1 Aquila. Selamat mengundi.
Assalamualaikum
Assalamualaikum aku ucapkan pada rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Inilah kali pertama aku menulis di blog yang dikhaskn untuk kita semua.Selalunya aku tulis blog sendiri, tapi kali ini lain sedikit.

Pertama kali aku ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dipanjangkan umur kita, untuk hidup, beramal untuk Yang Maha Esa. Dan syukur ke hadrat Ilahi, kita akan dipertemukan lagi, setelah 11 tahun tidak ketahui khabar berita. Aku berharap rakan-rakan sekalian berada keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Seperti yang telah disebut dalam post-post yang sebelumnya(terima kasih buat Shahir kerana mewujudkan blog ini), aku bercadang ingin menganjurkan reunion or gathering untuk murid-murid 6A1 Aquila tahun 1997. Idea ini bermula ketika aku dan Shahir lepak di kedai makan, ketika hujan sedang turun dengan lebatnya. Dan ketika itu bukan bulan puasa, jangan salah anggap pula. Aku terfikir untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dari Sekolah Kebangsaan Gombak Setia SKGS, dan pada ketika itu juga aku dan Shahir memerah otak mengingat kembali rakan-rakan yang sudah lama tidak kami temui.

Jadi matlamat aku sekarang adalah untuk mengumpulkan kembali semua rakan-rakan yang berjumlah 46 orang. Aku tahu amatlah mustahil untuk aku mengumpulkan kesemuanya sekali, tapi aku akan tetap cuba.

Ape-ape pun aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam usaha aku untuk mencari kawan-kawan kita. Dan aku boleh janji, jika gathering ini berjaya, aku akan susuli dengan aktiviti yang lebih menarik lagi. Itu janji aku pada kalian.

Jika ada antara kalian yang ada nombor contact, YM ID, email, sila email kan pada alumniaquila@gmail.com, dan beritahu hasrat kita untuk berkumpul semula. Aku berharap ape yang telah dirancang ini akan berjaya, dan kalian pasti akan mendapat manfaat darinya.


Sekian.........
Ajoi rancang Dinner
Berdasarkan perancangan awal kami, majlis makan malam Alumni Aquila dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Syawal nanti. Namun demikian, kami masih belum menetapkan venue dan kos.

Sesiapa yang ada cadangan sila emailkan kepada admin ataupun boleh dimuatkan di ruangan chatting. Harap Maklum.

Salam Sejahtera
Gombak Setia: Setelah 11 tahun meninggalkan sekolah rendah, akhirnya kami memutuskan untuk menubuhkan sebuah alumni bagi menjalinkan semula hubungan persahabatan classmate 6A1 Aquila sesi 1997 yang telah sekian lama terputus.

Usaha ini dimulakan oleh saudara Ajoy dan disokong oleh rakan-rakannya yang lain. Namun demikian, kami berdepan dengan sedikit masalah kerana masih ramai teman yang belum dapat dihubungi.

Justeru itu, kami melancarkan weblog ini sebagai salah satu usaha untuk mengumpulkan semua pelajar. Diharap kita sama-sama dapat memanfaatkan alumni ini, Insya Allah.
Selamat Datang
Blog ini dikhaskan untuk para bekas pelajar 6A1 Aquila, sesi 1997. Alumni Aquila sedang merancang untuk menganjurkan reunion pada bulan Syawal nanti.

Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan boleh dihantar menerusi email alumniaquila@gmail.com. Terima Kasih.
Related Posts with Thumbnails