Assalamualaikum
Assalamualaikum aku ucapkan pada rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Inilah kali pertama aku menulis di blog yang dikhaskn untuk kita semua.Selalunya aku tulis blog sendiri, tapi kali ini lain sedikit.

Pertama kali aku ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dipanjangkan umur kita, untuk hidup, beramal untuk Yang Maha Esa. Dan syukur ke hadrat Ilahi, kita akan dipertemukan lagi, setelah 11 tahun tidak ketahui khabar berita. Aku berharap rakan-rakan sekalian berada keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Seperti yang telah disebut dalam post-post yang sebelumnya(terima kasih buat Shahir kerana mewujudkan blog ini), aku bercadang ingin menganjurkan reunion or gathering untuk murid-murid 6A1 Aquila tahun 1997. Idea ini bermula ketika aku dan Shahir lepak di kedai makan, ketika hujan sedang turun dengan lebatnya. Dan ketika itu bukan bulan puasa, jangan salah anggap pula. Aku terfikir untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dari Sekolah Kebangsaan Gombak Setia SKGS, dan pada ketika itu juga aku dan Shahir memerah otak mengingat kembali rakan-rakan yang sudah lama tidak kami temui.

Jadi matlamat aku sekarang adalah untuk mengumpulkan kembali semua rakan-rakan yang berjumlah 46 orang. Aku tahu amatlah mustahil untuk aku mengumpulkan kesemuanya sekali, tapi aku akan tetap cuba.

Ape-ape pun aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam usaha aku untuk mencari kawan-kawan kita. Dan aku boleh janji, jika gathering ini berjaya, aku akan susuli dengan aktiviti yang lebih menarik lagi. Itu janji aku pada kalian.

Jika ada antara kalian yang ada nombor contact, YM ID, email, sila email kan pada alumniaquila@gmail.com, dan beritahu hasrat kita untuk berkumpul semula. Aku berharap ape yang telah dirancang ini akan berjaya, dan kalian pasti akan mendapat manfaat darinya.


Sekian.........
0 Responses
Related Posts with Thumbnails