Kenduri Kahwin Mamad 13 Jun 09
SMS reply fm Wani:
Oman, mamad yg dmksudkn tu, muhamad b.hj.a.latif kan? dia nk kawen dh?

Absolutely yes gadis gadis sekelian. Tu laa, dulu mase beliau masih single tak nak ngorat. Dan syukur alhamdulillah, pada hari Sabtu 13 jun 09 lepas telah diadakan majlis perkahwinan beliau di Dewan serbaguna Taman Bidara, Selayang.

Sungguhpun sebahagian besar daripada kami tiba lambat disebabkan kesesakan lalulintas, mujurlah photographer dengan DSLR baru seminggu, Incik Pejai telah tiba di tempat kejadian lebih awal untuk merakamkan detik-detik manis Kapt Mamad & Kapt Shatela. Berikut merupakan Aquilas yang berjaya juga sampai ke majlis tersebut.

Berdiri dari kiri: Oman, Ameng, Pejai, Peyuz, Diya
Duduk di atas pelamin: Kapt Mamad & Kapt Shatela (takkan orang lain pulak)
Duduk di depan: Imran a.k.a Big Fella
Tiada dalam gambar: Tajul a.k.a Brader Joe (hampir pasrah sangkut traffic jam), Ungku Mohd Farizal a.k.a Manje (dr sogo & terlepas sampai kg melayu kepong)

Hasil temubual secara spontan, diketahui bahawa Kapt Mamad & Kapt Shatela telah berhubungan intim semenjak tingkatan tiga lagi dan akhirnya selamat ke jinjang pelamin. Bila diajukan soalan ntah apepe O-man yang berbunyi: "Apa ayat power yang Mamad gune mase ngorat dulu?" Kapt Shatela hanya mampu tersipu-sipu dan menjawab: "Xde ayat power pun" (Moral: Simpan je laa cheesy pick up lines korang).

Namun kerjaya sebagai pegawai tentera sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi. Mamad telah ditempatkan di Alor Star sebagai ketua platun, manakala isteri pula di Port Dickson. Sebagai nota tambahan, keluarga Mamad kini menetap di Labuan, dan majlis diadakan di selayang memandangkan kediaman ibu saudara beliau berada di sana.

Apa pun kami dari batch UPSR '97 (sebagaimana caption Pejai) sekali lagi mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan merpati dua sejoli ini (dua-dua sama comel kan?) berbahagia sehingga ke anak cucu (tak cukup sebatalion, satu team bola pon jadi laa).

Nota:
-Gambar-gambar telah diculik dari muka buku Incik Pejai (utk HD sle contact beliau)
-Saya tidak pernah bertugas sebagai pegawai hubungan seranta. Oleh itu jangan menyalahgunakan diri ini, terima kasih.

0 Responses
Related Posts with Thumbnails