New year 01/01/09
ade pape kah mau dibwut mase ny eve or day?
meh juz gona go out chillin..maybe sumwhere near jek kot.
none other than my kedai runcit pyramid.
plg2 jauh damansara area..xde kroje nye nk sampai tgh2 gayhell then sraboot bizkoot mau blk.
tatau mau pulang ke gombak mlawat pusara nenek yg mninggal pd tarikh tsebut.

/*soklan kpd ustaz brade joe (dh ustaz brader lg..):
knape org kate sdekah fatihah & bla3 yg patut kt org dh mninggal? ader effect ke? bukan hanye bebrape mende jek yg bole bawak masuk kubo e.g. amal jariah mase idup, doa anak soleh yada2...so doa cucu kre efficient x? hmm..*/

so wuts ur plan?
berbaring boring? ber huha huha chihuahua?
nk mlawat pyramid yg ntah dh brape kurun korg x gi?

entry ini dibiarkn tgantung dgn sngaje.

p.s.: ayat kurang bgaya coz guamuzikdotcom tgh demam..aaaa mane ex-classm8 jlitawan yg mau attend gwe~~
Terima Kasih
Pada Malam 24 Disember lalu, Aquila Society telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Kunang - Kunang, Gombak.

Pada mulanya saya menerima teks dari Oman Ostolia memaklumkan beliau telah berada di 7 Eleven (Sebelah Kunang - Kunang). Ketika itu baru pukul 7.30 petang. Walaupun tinggal di Shah Alam, Oman telah berjaya mengenepikan sumpahan janji Melayu dan ini jelas menggambarkan komitmen beliau untuk bertemu sahabat handai.

Saya pula menumpang pasangan Ajoi dan Hafizah. Sekitar jam 8, cikgu Wahiah dan suaminya sampai. Saya dan Oman sempat bersembang dengan mereka. Seketika kemudian, Brader Joe & Rabiatul Adawiyah sampai.

Saya berasa sedikit cuak kerana kerusi masih banyak yang kosong. Lantas saya keluar sebentar ke pintu hadapan Kunang - Kunang.

Saya menghantar teks kepada Big Fella Imran, belum sempat mesej itu dihantar Big Fella muncul dengan baju Ruggers Canterbury Ostolia.

Detik berikutnya… seorang demi seorang tiba. Akhirnya 11 orang lelaki dan 5 orang perempuan berjaya datang ke majlis makan malam yang pertama kali diadakan.

Ameng dengan gaya 'head honcho' telah membuka pot baru khas untuk perokok. Saya, Manje, Faizal dan Imran bertukar meja. Saya betul - betul berasa gembira dapat bersama - sama dengan mereka. Ianya umpama lailatul qadar buat insan kerdil seperti saya.

Saya perhatikan wajah - wajah gembira terserlah pada Ameng* (Degree - Student), Acap (Pilot Airbus 350), Naim* (Degree - Student), Imran* (Degree - Student), Faizal* (Master - Student), Manje* (Businessman), Utsman (Penyelidik UPM), Joe (Telekom), Shah Iskandar (Pegawai Tadbir Diplomatik - Treasury), Ajoy* (IT), Hamizah (bakal cikgu), Hafizah (Tutor UPM), Shamsiah (Surirumah Feat. Hubby* & Adam), Abyrad (IT) & Kak Pah (dia ada bagi tau dia kerja tapi saya lupa)… [Perhatikan tanda * bermaksud 'smoker'].

Idea majlis di Kunang - Kunang adalah idea Diya Rashida. Sayang seribu kali sayang beliau tidak hadir. Begitu juga Zami dan Ijam… mereka tidak hadir. Ibrahim… beliau juga tidak hadir. Din dan Shareen? Untuk mengharapkan mereka datang samalah seperti mengimpikan saya menjadi putih melepak…

Kami bersembang panjang.. Keadaan kelihatan tidak terkawal. Ameng buka cerita… Manje buka cerita, Brader Is buka cerita, Big Fella buka cerita… Oman buka cerita… saya di tengah - tengah terpaksa kuatkan suara kerana suasana sangat meriah. Saya berlabon panjang sehingga suara saya serak - serak basah persis Ella.

Saya merasakan mamat - mamat kelas 6A1 ini kelihatan muda tidak seperti 23 tahun. Mungkinkah kerana semuanya pakat - pakat 'shave' misai?

Saya gagal mengenali Naim pada mulanya. Acap pun begitu. Mula - mula saya ingatkan Ashraf Sinclair yang datang.. Kalau Ashraf Sinclair sudah pasti ada Bunga Citra Lestari… Rupa - rupanya saya silap. Insan berwajah Inggeris ini adalah Acap. Saya sempat berlawak dengan meminta Acap mendapatkan tiket kapal terbang untuk saya melancong.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi datang.

Bahagian Kedua

Sebenarnya perjalanan menuju ke dinner ini bermula di sebuah gerai usang berhampiran LRT Taman Melati. Di situlah Ajoy mencetuskan ideanya untuk mengumpulkan sahabat handai yang 11 tahun tidak bertemu. Waktu itu umat Islam sedang bersiap siaga untuk menyambut bulan puasa 1429.

Di situlah kami membentuk jawatankuasa adhoc awal bersama - sama Fizah dan Diya.

Dari akhir bulan Ogos hingga akhir bulan Disember.. hmm 120 hari. Alhamdulillah dapat jugak buat dinner walaupun aturcaranya berterabur dan tiada acara selingan. (Is mencadangkan kita main kotak beracun bermodalkan kotak rokok kosong).

Saya juga teruja bertemu dengan Ameng.. kerana beliau ini bukan setakat satu kelas masa darjah enam.. malah kami juga sekelas ketika tingkatan 4 dan 5. Saya sempat mempau Marlboro sebatang sebelum beliau mempau balik Benson.

1. Terima kasih buat rakan - rakan jauh dan dekat yang sudi datang.
2. Terima kasih buat Cikgu Wahiah dan hubby yang sudi datang.
3. Terima kasih buat tukang jemput, Oman serta Ajoy dan Fizah yang reserve tempahan makan malam dan sudi menumpangkan saya untuk datang.

Saya tidak pernah berterima kasih lebih dari 3 kali kerana saya rasakan ianya tidak 'cool'. Jumpa Lagi…

P/S: Seruan terakhir saya. Tolong daftarkan diri anda selaku peserta YahooGroup Alumni Aquila 1997.

Shahir Hollow






Aquila Gath 24/12/08 - Kunang2
Yg dtg (erk..tabley bwut [L / P] mcm tulis name sape bising ke?):
Lelakians:
1) Ajoy
2) Shahir
3) Tajul
4) Ameng
5) Oman
6) Imran
7) Pejai
8) Is
9) Naim
10) Manje
11) Acap

Perempuanese
1) Pushie
2) Aby
3) Mizah
4) Sharifah
5) Syamsiah

Turut hadir:
1) Cikgu Wahiah & Husband
2) Husband & anak Syamsiah

Turut bersalaman & ber-hoi2 di tempat kejadian:
1) Nizam Mokhtar
2) Firdaus 'Brade John'
3) Ruzaini

Berikut ialah bebrape kuntum gamba fm the gath. Hampeh sungguh guamuzikdotcom jek yg bawak camera..meow~~

The rest & who's who tlah di hupload & diltak kat sini (ye sle click pkataan 'sini' tsebut).
Akhir kate, harap anda andi muniandi a/l arasapilay happy bjumpe blk kwn2 lame. & moral perjumpaan kali nih: "Hanya yg kacak bole jd Pilot"
tonight's gathering!
so complete lists of people who are coming:

1) Oman
2) Bjan
3) Manje
4) Ameng
5) Big Fella
6) Is
7) Brade joe
8) Ajoy
9) Ijam
10) Shahir
11) fizah
12) aby
13) syarifah
14) mizah
15) syamsiah + hubby + anak
16) aisyah (xconfirm)
17) nafisa (xconfirm)
18) faiza (xconfirm)
19) diya (xconfirm)
20) roselinda + hubby (xconfirm)
21) Ah Tat (xconfirm)
22) Zam (xconfirm)
23) brahim (xconfirm)
24) Daburn + a friend (xconfirm)
25) Acap (xconfirm)
26) Peyuz (xconfirm)
27)Pejai (xconfirm)
28) Naim (xconfirm)
29) cikgu wahiah + hubby
30) cikgu azean + hubby + daughter

so there are 37 people in the list (including guests). aku kira2 ade 22 yg confirm datang, and 15 yg tak confirm datang. assuming 50% dari yg tak confirm tu akan datang, so aku budget there'll be close to 30 people tonight. i'll reserve for 25 people first, and ask for extra 5 more seats just in case. org2 yg tak confirm, kalo boleh please confirmkan by 2pm either by leaving a comment here or shout kat shoutbox or call/text aku or ajoy or utsman. hm..aku tak tertinggal sape2 kan dalam list tu?

btw, since the teachers will be our guests for tonight, we'll be paying for them. so hopefully kite boleh collect around rm 3-4/per person to pay for them. tapi of course if there's anyone yg nak blanje cikgu2 kite sepenuhnye, you're always welcome. heh. so anyway, yeah, hopefully boleh buat collection tu tonight ok? aku nak tanggung sendiri tak mampu lah. huhu. thanks in advance!

hmm..about the time, gerak after maghrib lah. sape boleh datang awal, datang je awal. ari tu ajoy dah call org kunang2 tu and cakap kite nak reserve at around 8pm. between 8-8:30pm is great, but hopefully no later than 8:30pm, ok? i don't want to make org restaurant tu tertunggu2. but of course, kalo dah after 8:30pm baru korang boleh datang, datang je. the main point is, everyone wants to see everybody! so jgn takot datang lambat. just jgn saje2 lambat la..huhu

hmm ape lagi? i can't think of anything else other than..SILA BAWA KAMERA ANDA! hehehe.. :P

ok tu je kot. see you guys tonight! =)
Selamat Bertemu
Salam sejahtera,
Kepada rakan - rakan yang dihormati, dengan izin Yang Maha Esa kita akan bertemu malam ini.
Buat Hafidzuddin, selamat meneruskan pelajaran dan semoga bergelar Dr. Hafidzudin. Mungkin kita akan bertemu lagi di Kementerian Kesihatan suatu masa nanti.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada blogger - blogger sekalian yang telah berjaya menghidup dan memeriahkan Aquila Society. Teruskan menyumbang tulisan kalian.
Adios
Kunang-kunang Map

kepada rakan-rakan sekalian...aku paste kn kat cni map ke kunang2...ramai yg msg aku ty kat mane tmpt nie...nk explain pn macam pyh je...ade yg xphm...xtau....harap2 map nie dpt membantu anda..klau susah gak..kte tunggu kat memane...lrt tmn melati ke...pas2 gerak sekali...pape hal msg@call aku

-Ajoy-
attendance update
owh thanks oman for the list!

these are the girls who would come:

1) fizah
2) aby
3) syarifah
4) mizah
5) nafisa (if she comes back home)
6) aisyah (need to confirm again)
7) syamsiah (+hubby and an anak)
8) faiza (maybe)

these are the girls who won't be coming:
1) farah (perlu menyambut baby)
2) awin (kerja until 9pm)

these are the girls whom i called but didn't get picked up:
1) diya
2) ili nadiah
3) nik marni

these are the teachers who would come:
1) cikgu wahiah (+hubby and anaks kot)
2) cikgu azean (if she comes to kl)

cikgu ruhana balik kampung, so takleh datang

itu je aku tau. aku takde contact org lain. huhu.

p/s: owh sape ade contact roselinda ye? diye still duduk dekat2 sini ke?
Mkn2 updates + Know ur mate: Shareen
Part 1: Mkn2

Those who have confirmed their attendance to date r:
1) Oman
2) Bjan
3) Manje
4) Ameng
5) Big Fella
6) Is --> maybe lambat sket sampai
7) Brade joe
8) Ajoy
9) Ijam
10) Shahir

Yg x konfem lg:
1) Ah Tat --> depends on daburn
2) Zam --> menerusi chatbox: jadual padat
3) brahim --> xleh janji lah, but sampai umah around 6 besenye
4) Daburn --> kwn jb dtg, so x sure lg..aku soh dia angkuts skali jek mkn2
5) Acap --> nnt dia konfemkn
6) Peyuz + 7)Pejai --> Peyuz kt shah alam, Pejai kt UKM, Bangi
8) Naim --> pending reply

Yg aku tatau camne nk reach:
1) Adil --> anybody close 2 him?
2) Asul --> ngiaa..mane gi mamat neh?
3) Mamat --> slaen email add, sesape ader direct contact?

Konfem x dtg
1) Pidot --> outstation
2) Din --> bersame parti kuomintang di russia

Total yg aku list= 23. Ader sesape guamuzikdotcom ttinggal? sorry eh..
So how bout the girls? Xkn kami seperbuluan jek yg akan dtg..
& kalo nk phone number jejaka2 di atas bole mintak kt aku ;)

Part 2: Know ur mate: Shareen

Err..b4 i go any further, do i need to introduce her? Well, any dude who dznt know d SKGS heartthrob should be expelled w/o warning letter. Or should a bloke dznt fall for her , he can be considered 'curvy' / 'not str8' / gay. I thought twas juz the thing of the past. But while reaching the dudes above, the common reply that i got:

"Kalo Shareen x dtg, aku xmo dtg..hahahaha"

or something else similar, which i reckon may ignite a lil spark of hope for her:

"oit..me cnnot join..hihi...but mke sure u guys bwt lgh whn i m bck.." "wahh..cant u guys wait fer me?? just another 3 more weeks..hahahhah.."

She did mention "u Guys" rite? hmmm..with a purposely elongated "pleaaseeee.." & battling eyelashes, may her wish comes true...

She'll be landing on the 10th, from Dublin. indeed..beauty rhymes with brain (NOT 'pinky')

ark! maybe i shudve picked other photo instead =P

ok2..here u go...single pringles & ready to mingle (only in the photo) =P =P

p.s.: Photo 'stolen with permission' from her facebook








Know ur m8: Hafidzudin
This is the very 1st episode of 'Know ur m8', dedicated to update fellow aquilas bout the recent looks of our ex-classm8s..juz in case u bumped into em at pasar malam, u wont mistake em for sumkinda celeb. However, every member of d aquilasociety is wilkommened & encouraged to post their own 'Know ur m8' (access can be obtained from the y-gp subscribers, or juz pm me) so u can select ur best shots & put in more details. & fellahs (not juz bigfella), come on & open up a fb account =P

Hafidzudin, as i remember him is an artsy dude. Now pursuing medic in Volgograd, Russia, hopefully he will graduate next year (omg MnG D&G its been bloody long years) & bring home a sharapova or two. But confusing medic terms aint no messin with his mind as he's now diggin into fashYon (as he puts it), which will blow the stereotypical rempiters & rempitists away. All the best in making the plain boring doc's coat more interesting. Do visit him at:

http://www.volgogombakandstyle.blogspot.com/

(juz in case the link on e sidebar is too small 4 u guys)

I hope it's still intact when he's back
(photo 'stolen with permission' from his facebook)

p.s.: Din (ONLY), sle edit mengikut suka suki choki2 anda.



gathering
Greetings rakan2!

First of all, sorry for mengabaikan plan utk buat gathering. Other things keep coming up, so terabai siket bende ni. Sorry..huhu.

So anyway, to compensate for that, aku and Ajoy gi usha Restoran Kunang2 semalam (thanks Diya for suggesting the place). For those who haven't been there, it's a really nice restaurant with a really nice atmosphere, and perfect for gathering because they arrange the tables in such a way that we can have our own privacy..a little at least, if not a lot. They have indoor and outdoor seatings, so if it's not raining, I'll say we should go for outdoor. They have a variety of choices on their menu, from western to local dishes, and the prices are in the range of RM8-35...if I'm not mistaken. Most of the main courses cost below RM20 though, so it's really not that expensive. You guys can take a look at their website http://www.kunangkunang.com.my/restaurant.php but I should warn you that they haven't updated it for quite sometime.

Anyway, aku tanye the cashier about having a gathering there, and she gave me their business card, so I guess I'll just have to call to reserve or something. They're open from 5pm onwards, so meeting up after maghrib around 8-8:30pm should be fine. I saw that they have a surau there, so there shouldn't be any problem for those who need to pray after arriving (sape2 yg duduk jauh, perhaps). And since it's gonna be at night, I'm thinking we should have it on the day that the next day is a holiday (adekah aku telah berjaya memeningkan sume org? hehe), meaning, friday night, saturday night, or on Dec 24, since Dec 25 is a holiday. And since to have it on this weekend is quite a short notice for most of us, Ajoy and I were thinking to have it on Dec 24..or do you guys have other time on mind?

Previously I heard suggestions to prepare a lil souvenirs to give out during the gathering, but I think not having it is fine too, unless someone is willing to do it. As for contact details, we should all stick to yahoogroup and update the database regularly. Owh of course, those who have business cards are welcomed to distributes your business cards on that night.

So, I need feedback on this. Are you guys ok with 8:00/8:30pm on Dec 24? For those who don't, when do you prefer to have it? Any other suggestions?

Please spread the words to those who aren't on yahoogroup or aren't aware of this blog. Or give me their phone numbers so that I can call them (or make other people call them haha)

-Fizah
Confusions..
dz is my very 1st post on the blog, for the sake of cleaning up some mess...
the web address was already aquilaclub.blogspot.com since i logged in as an author.
it cannot be reverted back to the original aquilasociety.blogspot.com since sum1 by the name 'Illuminati' took it. Here's a bit of conversation between shahir & myself by sms:

oman: Im doin some cleaning up. U should too. Btw who the h is illuminati?

shahir: i used Illuminati as a nick.

So if only 'Illuminati' uses other address, then 'aquilasociety' is available to be used. 4 the time being, we hafta stick to aquilaclub eventho it sure sounds like the "22 men with 2 balls each chasing a ball across the field" game. + i've deleted the arsenal fc thingy, which is absolutely irrelevant, make the aquila society blog visible, & no adjustment to brade joe's layout. anything else??

oya, still in progress: trying to get permission fm a few of our mates to repost their fb photo here, since most of us r friendster simpletons. pending reply.

other than that:
- peyuz is workin in cyber (or putra) jaya /*i cant really remember*/
- big fella's dad is in hospital.
- nik akram is riding a scoot.. TOO..
Setiausaha Aquila Society: Meet Brader Oman & Ibrahim
There are several pics for u guys.




Ibrahim (Accountant) & Oman (Scientist) @ KLCC




A serious discussion I think.





Oman ...... zzzz....







Oman & me (feat. Ajoy).
Setiausaha Sulit: Musim Cuti Bermula
Memandangkan sebelum ini Kapten dan Saya telah bertemu Pn. Ruhana untuk mendapatkan persetujuan mengenai Dinner, maka saya berasa bertanggungjawab untuk memaklumkan bahawasanya:-
1. Kita "berhutang" sebuah majlis makan malam untuk Cikgu yang telah mendidik kita.
2. Kita perlu memikirkan semula kaedah dan perancangan baru untuk mengelolakan majlis ini.
3. Satu jawatankuasa adhoc perlu dibentuk.
Ini adalah tujuan asal Aquila Society dibentuk. Sekian. Terima Kasih.
Selamat bercuti dan semoga kita bersua lagi. Saya harap para mahasiswa yang sedang bercuti boleh turun padang dan mendekati rakan - rakan Aquila Society.
Blog update lagi....
Atas pemintaan en mike, aku letak satu column baru utk promote personal2 page korang....hahaha....stakat ni yg aku tau ade 5 org.....kalo ade blog yg korang nk promote ke, bolela shout dlm shoutbox tu....x pun korang DIGALAKKAN kasik comment dlm post ni since shoutbox cpat "tebal" sejak 2 menjak ni - bagus2 ;)(baru aku seda anonymous x leh komen dlm post ni....aku dh open to all dh...anonymous pun anonymous la...kalo malu nk kasik name, bole la korang letak anonymous)
Gambar Zoom Tajul Fakhar


Wajah bakal suami yang soleh (Insya Allah) merangkap blogmaster Aquila Society. Tajul "Joe" Fakhar dikatakan akan bertanding jawatan Presiden Aquila Society sekiranya mendapat cukup pencalonan. Beliau dijangka akan menamakan Utsman sebagai running mate jawatan Naib Presiden. (Pergh.. ingat US Election ape?) kahkahkah...

Kelihatan Cawan Pepsi milik Jurukamera dan sisa - sisa aiskrim milik Utsman. Turut enterframe adalah dua botol sos milik KFC dan Hafizah.

Labels: 0 tokok tambah | | edit post
Gambar lagi


Dari kiri, Tajul, Nizam dan Utsman. Cawan kertas Pepsi itu adalah milik jurukamera.

Kelihatan Utsman excited mendengar penjelasan Ajoi. Entah apa yang mereka bincangkan.

Thanks datang Gombak, Utsman Mike.

Ini adalah gambar masa minority rendezvous 6/46. Kelihatan Ketua Bahagian Shah Alam, Utsman Aziz, Ketua Bahagian Gombak Tajul Fakhar.
Turut serta Nizam dan Hafizah. Ajoi duduk di sebelah kanan di luar radius kamera saya.
6/46: Minority Rendezvous
Hari Ahad 9 November aku (Shahir), Utsman, Nizam, Tajul Fakhar Fahirurazi (No Longer Single) & Fizah + Ajoi telah melepak di KFC Ong Tai Kim --- Tempat makan-makan majlis perpisahan 6A1 pada tahun 1997, 11 tahun lepas.

Dari 46 Aquila Society Members, hanya 6 sahaja yang muncul. Yang lain mana? Mana? Mana??

Terima kasih kepada komrad apatah lagi Utsman Mike yang sanggup merempuh hujan dari Shah Alam ke Gombak Setia menggunakan Skuter VS 125. Sesungguhnya semangat Utsman wajar dicontohi oleh orang Taman Setia.

Walaupun 6 orang tetapi kebisingan kami mengalahkan korum 20 orang.

----> mula - mula kami bertemu di McD tapi aku dengan Tajul re-locate sebab kami nak nasik dengan ayam. Lagipun harga makanan di KFC jauh lebih murah berbanding McD.

Apa2pun thanks kepada semua yang sudi datang semalam.
Lepak2.....
Smlm aku ngan shahir ade conversation sket and die suggest kite x-6A1 utk hangout bile2 kat mane2 restoran ke.....suggestion die :-

Tarikh : 08/11/2008 (sbtu)....
Time : 1230 tghari....
Tmpat : Mcd kat Ong Tai Kim.....

Kalo leh gather dlm 10 org ke utk hangout mkn rmai2, dh ok dh.....aku mntak tlg komen ahli2 aquila society skalian kalo minat nk join lepak2, tlg kasik tau shahir @ shoutkan jek kat shoutbox @ postkan komen dlm post ni.....kalo ade suggestion tmpat lain ke, time lain ke, shoutkan jek la kat shoutbox @ postkan komen dlm post ni.....
Berita Gumbira
Apakah dalam masa terdekat ini kita akan menyaksikan seorang rakan membina mesjid? Apakah beliau akan membuat kejutan selepas ini? Mampukah beliau membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat ini? Ke nak aku je yang tolong cakapkan? Kahkahkah.

Jeng.. jeng... jeng... Kahkahkah.. gumbira2 ada orang mau bina mesjid. Jangan pandang belakang dah.. teruskan usaha anda. Kami sudi datang makan kenduri kalau dijemput.. kahkahkah..

Buat la kek 4 tingkat.. tak pun ada stall sate Gombak ke kahkahkah.. gua nak jadi Slash dalam video clip November Rain, tukang iring Axl Rose pastu tukang pegang cincin pengantin perempuan kahkahkah...

Gua dah tau lame dah member sorang ni. Tak sangka akhirnya ko serius.. Selamat Mendirikan Mesjid!

P/S: Tadi ada ajen Bank Rakyat datang.. kahkahkah...
Aquila society yahoo group.....
Mybe di antara kite ni jarang utk visit blog ni and atas seruan en Shahir yg dah kecewe sb kite kurang bekomunikasi dlm blog ni, maka aku pikirkan lg satu inisiatif iaitu mewujudkan yahoo group utk kite....susah jgk kalo nk visit blog ni tiap2 ari, kite pun ade keje msing2 tapi ape2 pun email kene bkak gak....so, smbil2 korang me "recycle bin" email2 korang, pe slhnyer luangkn mase sket bc mail2 dari yahoo group ni :)

So, pada sapa2 yg x dapat lg invitation, bole msukkan email kat kotak yahoo group tu. Nanti korang akan dpt email invitation and secara automatiknyer korang akan jd ahli group ni :)

p/s : stakat ni ajoy,fizah,aku bru join grup ni....jom2 ramaikan grup ni...................
Contact details Aquila Society.......
Fizah
ok sume org sila email nama penuh, alamat, no fon, and email ke mail. subject:contact 6a1. kalo tak, ade harapan kene delete. huhu.

Fizah

and owh, shahir ke tajul ke tolong tuliskan post suro org email aku. (sukati je) thanks! =)

pada sape2 yg telepas nk bace msg kat shoutbox, fizah mintak contact details bdk2 6a1....so aku ngikut perintah deputy captain kite, maka mintak tlg pada smue budak2 6a1 tlg emailkan contact korang ke nhmp_85@yahoo.com (mail fizah) - subject email = contact 6a1 :-
  1. Nama penuh
  2. Alamat umah terkini yg leh dicontact
  3. No fon
  4. Email
Senang jek mail....bkn kene baya pun ;)
Perlantikan Penuh Jawatan Khas Aquila Society
Captain (Pengerusi Kewangan, Ketua Umum Aquila Society)
Dzulkarnain Zainal Ahbiddin

Deputy Captain (Pengarah Operasi Kumpulan, Aquila Society)
Noor Hafizah

Vice Captain (Barisan Penasihat dan Pelaksana Dasar Aquila Society)
Tajul Fakhar
Utsman Abdul Aziz
Rabiatul Adawiyah

Deputy Vice Captain (Hal Ehwal Pentadbiran, Aquila Society)
Hamizah
Tuan Nizam Abdul Rahman
Firdaus
Suhaiimran Salehuddin
Zamzami
Pose qada' & sunat
Sempene kite dh abis raye nieh, kite digalakkan utk pose 6....so aku dpt satu mail ni psl satu isu....isu gabung puasa qada' & sunat.....just aku nk share psl isu ni utk ilmu korang gak especially utk kaum hawa since slalunyer pose ramadan, kebanyakan kaum hawa x mmpu nk pose penuh atas sbab2 yg x mengizinkan ;)

Soalan:

Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ Ramadhan dengan puasa enam.

Jawapan :

i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari)

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-

Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya.

Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim).

Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)

Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini:

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

SUMBER: www.zaharuddin.net

Artikel Lain: Puasa 6 Terbaik Tunaikan secara berasingan
Ada Penangguhan?
Ini satu lagi pengumuman yang mengejutkan dari Ajoy, sampai aku Vice Captain pun tak tau. Apa la nak jadi dengan Captain aku sorang nie... Planning sesorang jer. Woit ko mabuk overdose makan kueh tat nenas ke kahkahkah...

By the way (mi no speek ingleesh), aku akan mendepani cabaran untuk membawa Aquila Society ke tahap yang lebih tinggi dan Insya Allah kita bakal menjadi ketumbukan yang sangat kuat pada satu masa nanti.

Selaku Vice Captain, aku akan berjuang demi rakan-rakan yang sentiasa ku kenang di dalam doaku. Aku harap Aquila Society mampu membahagiakan kita semua.

Ajoy.. kita buat keputusan secara berkumpulan, jangan decide sesorang ye... Okeylah Taicho. Nanti roger aku.


Another Latest Info
Probably korg sume xtau ape jadi kepada rakan-rakan yg lain kan, so di sini aku nak update something kat korg supaye korg sume terkejut.

Syamsiah - married....and a child!
Roselinda - married.....2 months ago...and not invited...
Shazwin - engaged....and tarikh tuk kawin....2nd May next year...

Anymore updates?just wait and see...hehehehe....

Latest Info
Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Dimaklumkan bahawa reunion/gathering for 6A1 kite akan ditunda kepada tarikh dan mase yg akan diberitahu kemudian. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang info boleh berhubung dengan aku, Ajoy or Shahir. Harap maklum.

** Actually aku tengah bengang sebenarnye, so kene tunda dulu la. Sesape nk tau kenape aku bengang, leh contact aku.
Selamat hari raya semua.....
Assalamualaikum kwn2.....

Lagi update blog....chatbox dah tuka since yg lame ade problem....so dlm blog ni aku amik kesempatan nk ucapkn slamat hari raye smue.....nak kasik nmpak meriah sket blog ni, aku bg klip sket ucapan slamat hari raye :)

Selamat Hari Raya
Pertama sekali, terima kasih kepada Ajoy yang telah memberikan tazkirah dalam posting sebelum ini. Terima kasih jua kepada saudara Tajul yang telah merombak blog ini sehingga ia kelihatan sangat menarik.

Selaku salah seorang blogger dalam Aquila Society, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua classmate 6 Aquila 1997. Sambutlah Aidilfitri ini dengan meriah walaupun anda mungkin berada di Republik Ireland.

Di hari raya yang mulia ini, di saat kita berbahagia bergelak tawa bersama rakan dan keluarga, kita terlupa nasib anak bangsa yang miskin melarat, orang kurang upaya & anak-anak yatim piatu yang kehilangan tempat bergantung harapan.

Mereka semua adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Lalu kita pun terfikir, mengapa aku dijadikan Tuhan kalau tak bisa mampu member sedikit sumbangan atau penghargaan kepada mereka yang memerlukan?

Saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang telah berjaya di dalam hidup agar sama-sama kita dapat menghulurkan bantuan kepada golongan ini pada suatu masa nanti. Insya Allah.

Sekian, Salam Aidilfitri.

Minta Bantuan
Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan sekalian,

Disini aku ingat minta sangat2 bantuan rakan-rakan semua, supaya sebarkan blog kite ini kepada kawan-kawan kite supaya mereka tahu ape yang ingin kite anjurkan. Gathering or reunion ini tidak akan jadi tanpa kerjasama dan perhatian dari rakan-rakan sekalian, jadi aku berharap sangat2, majlis kite ini akan berjaya. Biarla kite anjurkan lewat sekali pun, asalkan dapat kerjasama, dan kite sebagai kawan-kawan, dapat berhubung semula dan mengeratkan ikatan persahabatan yang terpisah sekian lame.

Ingatla kawan-kawan, besar pahala nye bila kite mengeratkan silaturrahim, terutama ikatan yang terpisah lama.

Disini aku ingin berkongsi sesuatu dengan kalian. Baca lah dan renungkan.....

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN 

Saling Memberi Kebebasan Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya. 

Saling Menahan Rasa Cemburu Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan... 


Saling Memahami Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia. 

Saling Mengalah Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu. 

Saling Memberi Kemaafan Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.


-AJOY-
Blog updated.....dgn interface yg baru.....
Atas arahan En Shahir kite....maka aku (tajul) pun ditugaskan utk mencantikkan blog nieh seadenyer....jadik aku dah tambah 1 feature baru --> email subscription.....kalau sesiapa terlupa/tak ada masa nak check blog ni, boleh masukkan email korang dlm textbox yg dah disediakan. Nanti bila2 ade post baru dlm blog ni, email notification akan dihantar ke email korang....

Sekarang ni aku dah listkan ym2 bdk2 6A1 tapi setakat ni hanya beberapa org jek yg ade. Kalau nak tambah ym korang dlm blog ni, bole contact aku @ ajoy @ shahir yakni pemilik asal blog ni....kekekekek.....

Apa2 cadangan utk tambahkan lagi feature dlm blog ni amat dialu-alukan :)
Terkini: Selamat Berpuasa
Assalamualaikum, para sahabat Alumni Aquila yang dihormati.

Dalam beberapa hari ini, saya dan Ajoy selalu mengunjungi kedai simpang berhampiran rumah Diya. Kami mula membuat beberapa perancangan rapi berkenaan hala tuju Alumni ini. Kami cuba menjadikan kedai tersebut sebagai ‘pejabat bergerak’. Di situlah kami brainstorming, menyusun gerak kerja untuk majlis makan malam dan sebagainya.

Sememangnya menjadi kebimbangan kami jika dinner ini tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun kami secara peribadi akan berusaha sedaya upaya agar ianya berjaya.

Kami berpegang kepada kata-kata cikgu Ruhana “kalau niat kita baik Insya Allah usaha kita akan dipermudahkan olehNya. “

Sesiapa yang kebosanan, tak tau apa nak buat di malam hari maka kami mengalu-alukan anda untuk join the club kat kedai Simpang. Hari tu Diya dah join. Thanks a lot.

Sebelas tahun tak jumpa. Mesti ada banyak cerita untuk dikongsi bersama…

Terkini: Majlis Makan Malam Alumni
Gombak, 20 Ramadhan: Perbincangan di antara kami telah berjaya menghasilkan cadangan berikut:-

Majlis Makan Malam Alumni Aquila (1997)

Tarikh: 18 Oktober 2008
Tempat: Restoran Kunang-Kunang Gombak
Masa: 8.45 Malam – 11.00 Malam

Dalam masa terdekat ini, Alumni Aquila akan mengumumkan senarai penuh committee. Sekian terima kasih.

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyumbang idea, sila emailkan cadangan anda di alumniaquila@gmail.com
Pertemuan Dengan Cikgu Ruhana
Hari ini kami telah pergi menemui cikgu Ruhana di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. Alhamdulillah cikgu sihat dan ceria menyambut kehadiran kami.

Ajoy telah memberitahu cadangan kami untuk mengadakan dinner dan Cikgu Ruhana akan menjadi tetamu kehormat. Insya Allah jika tiada aral melintang, majlis dinner ini akan diadakan pada 18 Oktober 2008.

Lokasi dan kos masih dalam proses perbincangan. Kami berharap dinner kali ini menjadi kenyataan.

Maklumat terperinci akan menyusul. Terima Kasih.

(P/S: Sebelum ini kami diberitahu terdapat usaha untuk mengadakan gathering ini tetapi gagal.)
Terkini
Kami telah membuat poll berkenaan dengan kos Dinner 6A1 Aquila. Selamat mengundi.
Assalamualaikum
Assalamualaikum aku ucapkan pada rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Inilah kali pertama aku menulis di blog yang dikhaskn untuk kita semua.Selalunya aku tulis blog sendiri, tapi kali ini lain sedikit.

Pertama kali aku ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dipanjangkan umur kita, untuk hidup, beramal untuk Yang Maha Esa. Dan syukur ke hadrat Ilahi, kita akan dipertemukan lagi, setelah 11 tahun tidak ketahui khabar berita. Aku berharap rakan-rakan sekalian berada keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Seperti yang telah disebut dalam post-post yang sebelumnya(terima kasih buat Shahir kerana mewujudkan blog ini), aku bercadang ingin menganjurkan reunion or gathering untuk murid-murid 6A1 Aquila tahun 1997. Idea ini bermula ketika aku dan Shahir lepak di kedai makan, ketika hujan sedang turun dengan lebatnya. Dan ketika itu bukan bulan puasa, jangan salah anggap pula. Aku terfikir untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dari Sekolah Kebangsaan Gombak Setia SKGS, dan pada ketika itu juga aku dan Shahir memerah otak mengingat kembali rakan-rakan yang sudah lama tidak kami temui.

Jadi matlamat aku sekarang adalah untuk mengumpulkan kembali semua rakan-rakan yang berjumlah 46 orang. Aku tahu amatlah mustahil untuk aku mengumpulkan kesemuanya sekali, tapi aku akan tetap cuba.

Ape-ape pun aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam usaha aku untuk mencari kawan-kawan kita. Dan aku boleh janji, jika gathering ini berjaya, aku akan susuli dengan aktiviti yang lebih menarik lagi. Itu janji aku pada kalian.

Jika ada antara kalian yang ada nombor contact, YM ID, email, sila email kan pada alumniaquila@gmail.com, dan beritahu hasrat kita untuk berkumpul semula. Aku berharap ape yang telah dirancang ini akan berjaya, dan kalian pasti akan mendapat manfaat darinya.


Sekian.........
Ajoi rancang Dinner
Berdasarkan perancangan awal kami, majlis makan malam Alumni Aquila dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Syawal nanti. Namun demikian, kami masih belum menetapkan venue dan kos.

Sesiapa yang ada cadangan sila emailkan kepada admin ataupun boleh dimuatkan di ruangan chatting. Harap Maklum.

Salam Sejahtera
Gombak Setia: Setelah 11 tahun meninggalkan sekolah rendah, akhirnya kami memutuskan untuk menubuhkan sebuah alumni bagi menjalinkan semula hubungan persahabatan classmate 6A1 Aquila sesi 1997 yang telah sekian lama terputus.

Usaha ini dimulakan oleh saudara Ajoy dan disokong oleh rakan-rakannya yang lain. Namun demikian, kami berdepan dengan sedikit masalah kerana masih ramai teman yang belum dapat dihubungi.

Justeru itu, kami melancarkan weblog ini sebagai salah satu usaha untuk mengumpulkan semua pelajar. Diharap kita sama-sama dapat memanfaatkan alumni ini, Insya Allah.
Selamat Datang
Blog ini dikhaskan untuk para bekas pelajar 6A1 Aquila, sesi 1997. Alumni Aquila sedang merancang untuk menganjurkan reunion pada bulan Syawal nanti.

Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan boleh dihantar menerusi email alumniaquila@gmail.com. Terima Kasih.
Related Posts with Thumbnails